Audi RS 3 cipta rekod di Nürburgring, atasi masa sebuah lagi model Jerman

oleh Muhammad Md Tajudin|
Audi RS 3 Nürburgring 2024
Audi RS 3 Nürburgring 2024
Penggunaan akronim seperti GTI, GT, RS atau R3 melambangkan prestasi.

Kecuali didaftarkan di pejabat paten dan tidak dibenarkan diguna, pengeluar kereta bebas untuk menamakan model mereka dengan akronim tersebut.

Namun perlu ada perjanjian budiman (gentlemen's agreement) supaya akronim itu diguna pada model yang layak dan bukan setakat gimik pemasaran.

Pengguna juga pandai dan untuk menikmati RS sejati boleh miliki atau idamkan Audi RS.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024
Audi RS 3 Nürburgring 2024

 

Seperti yang Careta laporkan sebelum ini Audi perkenal Audi RS e-tron GT performance dan merupakan kereta pengeluaran Audi paling berkuasa.

Terbaru Audi memaklumkan sedan RS 3 berjaya mencatat rekod baharu di Nürburgring-Nordschleife.

Pelumba dan pemandu pembangunan Audi Sport, Frank Stippler mencatat rekod menggunakan model pra pengeluaran RS 3 yang dinaik taraf.

Pencapaian ini satu yang mengujakan sebelum tempahan RS 3 dibuka pada Ogos depan.

 

Audi RS 3 Nürburgring 2024

 

Careta turut melaporkan mengenai A3 dan S3  2024 manakala RS 3 semestinya untuk pelanggan yang mahukan kereta harian atau hujung minggu berkuasa tinggi.

Berapa masa yang dicatatkan Frank Stippler? 7 minit 33.123 saat dan lima saat mengatasi rekod BMW M2 pada Ogos 2023.

Seperti yang juga Careta laporkan, BMW baru sahaja memperkenalkan M2 yang dipertingkatkan dengan kuasa lebih tinggi dan berapa lama pula rekod RS 3 dapat bertahan?

Kedua-dua pengeluar sebenarnya saling mengatasi di antara satu sama lain di mana M2 memadamkan rekod RS 3 yang dibuat sebelum itu.

 

Audi RS 3 Nürburgring 2024

 

RS 3 dan M2 berada di dalam segmen kompak dan kepada yang tertanya mengenai Honda Civic Type R, kedua-duanya mewakili kelas berbeza.

Civic Type R dipacu roda depan manakala RS 3 menggunakan pacuan semua roda quattro.

Sebagai imbasan, Civic Type R (yang diringankan) mencatat masa 7 minit 44.881 saat dengan enjin 2.0 liter turbo.

RS 3 2025 kekal menggunakan enjin 2.5 liter TSFI lima silinder yang menghasilkan 400 ps dan daya kilas 500Nm.

 

​Audi RS 3 Nürburgring 2024

 

Menurut Frank Stippler, rekod baharu berjaya diperoleh hasil tingkah laku di selekoh yang dioptimum.

Perubahan tersebut membolehkan RS 3 menyerlahkan kelincahannya lebih awal dan dalam keadaan lebih terkawal.

Menerangkan lebih lanjut, RS 3 memasuki selekoh dengan lebih bersahaja hasil talaan halus (fine tuning) seperti pembahagian daya kilas brek (brake torque vectoring).

Penelitian itu membolehkan kedudukan RS 3 ditetapkan lebih awal dan pada kedudukan lebih baik untuk keluar dari selekoh bermula dari apex (bucu sebelah dalam selekoh).

 

Audi RS 3 Nürburgring 2024

 

Hasilnya sudut atau darjah stereng lebih rendah dari apex sehingga keluar selekoh.

Situasi itu menjadikan RS lebih bersahaja dan dapat dipecut lebih awal dan membolehkan pemandu membawa momentum dan kelajuan pada laluan lurus seterusnya.

Asas kepada dinamika yang cemerlang ialah permainan di antara pemisah daya kilas atau pembahagian daya kilas boleh ubah penuh di antara roda belakang,

Sama-sama berperanan, sistem kawalan penstabilan elektronik, pembahagian daya kilas brek dan peredam sport boleh suai RS (pilihan).

 

Audi RS 3 Nürburgring 2024

 

Pengawal dinamik kenderaan modular kini menghubungkan data daripada semua komponen berkaitan dinamik sisi (lateral) dengan kepekaan lebih tinggi hasil algoritma yang dipertingkat.

Selain perubahan yang dikongsi, Audi turut memaklumkan RS 3 di Nürburgring menggunakan tayar semi-slick  Pirelli P Zero Trofeo R dan brek seramik 19 inci.

Enjin lima silinder dengan turutan pembakaran 1-2-4-5-3 juga menghasilkan nota enjin yang syahdu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Audi RS 3 Nürburgring 2024

 

Berita Berkenaan

Informasi
Berikut merupakan sepuluh kereta dengan kuasa pecutan yang kini berada di pasaran dan menjadi…