Audi RS Q8 - SUV terpantas di Litar Nurburgring!

oleh Mohamad Hanif|
Selamat datang kepada SUV terpantas di Litar Nurburgring, Audi RS Q8.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bagi mereka yang terlepas pandang, awal bulan lalu Audi telah memecahkan rekod terbaharu SUV terpantas di Litar Neraka Hijau, menerusi model Audi RS Q8 mengalahkan Mercedes-AMG GLC 63 S. 

Audi RS Q8 berjaya mencatatkan rekod terpantas tujuh minit 42.2 saat meninggalkan Mercedes-AMG GLC 63 S dengan kelebihan masa 7.1 saat.

 


Audi RS Q8 kini merupakan model Q paling pantas serta model ketiga yang diperkenalkan di bawah siri prestasi tinggi RS, dijana dengan enjin bentangan V8 4.0 liter turbo berkembar. 

Kuasa yang dihamburkan adalah bersamaan dengan 592 ekor kuda dan daya kilas sebesar 800 Nm membolehkan Audi RS Q8 memecut sepantas 3.8 saat dari 0-100 km/j dan memiliki kelajuan maksimum yang sama dengan Lamborghini Urus (305 km/j). 
 


Rekaan SUV Q8 yang tersedia gagah itu diperkemaskan lagi dengan rekaan gril yang lebih agresif, serta tip ekzos oval berkembar di bahagian belakang. 

Saiz tayar juga merupakan antara yang terbesar pernah dimuatkan pada sebuah Audi, 295/40 dengan set rim bersaiz 22 inci atau rim yang lebih besar 23 inci yang eksklusif untuk RS Q8. 

 


Daya pemberhentian SUV pantas ini diserahkan kepada set brek seramik dengan cakera 440 mm di hadapan dan 370 mm di bahagian belakang. 

Bagi memastikan SUV ini sentiasa melekat di atas jalan, Audi telah melengkapkan spoiler bumbung untuk menambah daya turun, sekaligus meningkatkan kestabilan ketika kelajuan tinggi. 

 


Di bahagian kabin pula terdapat sepasang kerusi sport yang dibaluti kulit hitam dan Alcantara, serta kemasan logo RS. 

Terdapat opsyen kerusi sports RS yang dibaluti kulit Valcona dan rekaan sarang lebah yang lebih sporti untuk anda pilih. 

Audi RS Q8 bakal memasuki pasaran Eropah terlebih dahulu pada suku pertama tahun 2020, dengan harga jualan bermula dari €127,000 (RM587,299 berdasarkan pertukaran mata wang semasa).

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Untuk pasaran Malaysia, anda boleh mendapatkan model ini pada harga bermula dari RM646,990 (atas…
Berita Global
Walaupun masih lagi penuh dengan pelekat samaran bagi mengaburi pandangan umum, terdapat satu…
Berita Global
Ini kerana sebuah lagi jenama premium Jerman, Audi diberitakan bakal hadir dengan sebuah EV…