Ciri menarik yang ada pada Audi RS3 Sedan?
1. Enjin inline-5
Enjin 2.5 liter TFSI itu mampu menghasilkan 401 hp, 500 Nm. Transmisi S-Tronic klac berkembar 7 kelajuan, 0-100 km/j 3.8 saat, kelajuan tertinggi 250 km/j (290 km/j denga pakej RS Dynamic).
2. Unit lampu LED dengan grafik bendera garis penamat (chequered flag).
3. Dimensi yang lebih lebar, di mana fender hadapan dilebarkan untuk menampung penambahan jarak trek pada gandar depan.
4. Ruang kabin - skrin Audi Virtual 12.3 inci, skrin tengah 10.1 inci, paparan head-up - semua didatangkan dengan paparan grafik RS khas, serta paparan info penting untuk sebuah kereta berprestasi tinggi.
5. Barangan spesifik RS - warna Kyalami Green, roda stereng RS dengan butang pelbagai fungsi, sistem ekzos sport RS, bampar depan belakang, RS Torque Splitter, RS sport suspension
Harga jualan anggaran bermula dari RM650,000 hingga RM750,000.