Audi RS4-R talaan ABT - bukan kereta polis sebarangan!

oleh Mohamad Hanif|
Essen Motor Show di Jerman bakal membuka tirainya tidak lama lagi dan menariknya, untuk segmen "Tune It! Safe!", mereka membawakan sebuah kereta peronda polis untuk dipamerkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Anda pelik kenapa mereka membawa sebuah kereta polis?

Usah risau kerana kereta polis ini sebenarnya hanyalah hiasan semata-mata di bahagian luar, cuma anda harus tahu ini adalah sebuah Audi RS4 Avant yang ditala oleh firma yang sinonim dengan jenama Audi - ABT!
 


Idea di sebalik kempen "Tune It! Safe" ini adalah untuk mendemonstrasikan naik taraf aftermarket yang selamat dan mematuhi undang-undang trafik serta regulasi yang telah ditetapkan. 

Audi RS4 Avant (atau nama yang diberikan oleh ABT - Audi RS4-R) ini pertama kali diperlihatkan pada acara Geneva Motor Show, menampilkan nadi V6 2.9 liter turbo berkembar yang mampu menghamburkan 523 kuasa kuda dan 690 Nm daya kilas. 
 


Manakala tip ekzos berkembar oval yang didatangkan dari kilang Audi telah dihukum buang daerah dan digantikan dengan empat tip ekzos yang lebih garang diperkemaskan dengan gentian karbon.

Set rim standard juga turut digantikan dengan rim ABT bersaiz 21 inci yang dibaluti tayar 275/25 ZR1. 
 


Aspek pengendalian turut diberikan tumpuan dengan menggunakan spring ketinggian boleh laras, pengimbang sports dan juga sistem suspensi penuh coilover. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada penggunaan kereta-kereta pantas eksotik sebagai kereta pengiring dan kereta kei…
Berita Global
Selain daripada barisan kereta sports dan supercar, ada juga pihak yang mula menggunakan kereta…
Berita Global
Seperti contoh, penghantaran organ penting untuk tujuan perubatan. Selain daripada Itali, sebuah…