Audi RS6 Avant 2022 - wagon 1,000 hp yang mampu memalukan supercar!!

oleh Mohamad Hanif|
Bagi sesetengah pihak, supercar mungkin satu mod kenderaan yang digemari tapi disebabkan rekaan yang tidak praktikal, ia bukanlah pilihan utama.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk mereka yang masih berfikiran rasional, wagon pantas merupakan jalan penyelesaian, dan salah satu pilihan yang ada - Audi RS6 Avant.

Ini kerana dalam keadaan standard kilang, Audi RS6 Avant sebenarnya merupakan sebuah supercar yang berselindung di sebalik kulit wagon, dengan kuasa 600 hp dan 800 Nm yang diperah daripada nadi 4.0 liter V8 TFSI itu.
 

Audi RS6 Avant


Namun, angka yang 'standard' itu tidak cukup meyakinkan bagi sesetengah pihak, dan sudah banyak contoh modifikasi RS6 Avant yang pernah kami siarkan sebelum ini.

Terbaharu, pihak Pacific German bekerjasama dengan VF Engineering untuk menghasilkan sebuah binaan satu kali (one-off) dengan angka kuasa kuda dan tork yang mampu memalukan supercar jalanan.

Audi RS6 Avant yang dipaparkan kali ini menampilkan modifikasi tahap ketiga (Stage 3) yang mampu mengekstrak 1,000 kuasa kuda dan daya kilas 1,017 Nm!
 

Avant


Antara perubahan besar yang dibuat termasuklah naiktaraf unit pengecas turbo TTE, kit kemasukan udara Eventuri, intercooler yang lebih besar, serta unit kawalan ECU yang telah menjalani pemetaan semula.

Sistem ekzos pula mampu menghasilkan runut bunyi yang lebih agresif, terima kasih kepada sistem titanium daripada Akrapovic.

Pecutan 0-100 km/j hanyalah sekitar 2.7 saat sementara kelajuan tertinggi pula mampu mencecah 340 km/j.

Dari segi luaran, Audi RS6 Avant sudah pun cukup untuk mengenepikan supercar jadian, dan untuk model ini ia telah diberikan set roda bersaiz 22 inci dengan kemasan gangsa diberus.
 

Avant


Aspek pengendalian mendapat pemasangan bar anti-oleng daripada ABT Sportsline, sementara roda stereng pula dibaluti Alcantara dan gentian karbon, diikuti dengan lampu indikasi penukaran terbina.

Tiada sebarang tanda harga didedahkan untuk modifikasi Audi RS6 Avant ini, faham-faham sendiri sahaja lah ya.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Penawaran terbaharu dari pengeluar itu ialah sebuah Audi RS6 Avant GT yang mampu memalukan…
Berita Global
Namun, dengan kedalaman poket yang tidak terbatas, anda boleh mendapatkan khidmat daripada syarikat…
Berita Global
Kempen ini melibatkan model-model seperti sedan A6 (2019-2021), A6 Allroad (2020-2021), sedan S6,…