Audi RS6 Avant, RS7 Performance 2024 mendarat di US, 621 hp, 850 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Status Audi RS6 Avant sebagai 'barang terlarang' di Amerika Syarikat kini telah berubah apabila Audi membuat keputusan untuk menawarkannya secara rasmi di pasaran tersebut berserta dengan model Audi RS7 Sportback.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua model RS tersebut didatangkan dalam trim Performance, di mana enjin 4.0 liter bentangan V8 yang asal telah dinaiktaraf dengan unit pengecas turbo yang lebih besar, memberikan penambahan kuasa 30 hp dan 50 Nm.
 

RS7


Secara keseluruhannya, Audi RS6 Avant dan RS7 Performance mampu menghamburkan kuasa setinggi 621 hp dan 850 Nm, membolehkan pecutan 0-96 km/j dalam masa 3.3 saat, atau 0.5 saat lebih pantas berbanding model standard.

Kelajuan tertinggi boleh mencecah sehingga 249 km/j, atau sehingga 280 km/j sekiranya pembeli mendapatkan pakej Bronze.
 

RS6


Aspek prestasi dipertingkatkan dengan kehadiran pembeza kekunci sendiri mekanikal penuh yang lebih kecil dan ringan, talaan kepada transmisi untuk penukaran yang lebih pantas, serta pengurangan insulasi bunyi antara ruang kabin dan enjin - untuk runut bunyi yang lebih mengujakan!

Ciri lain termasuklah rim aluminium standard bersaiz 21 inci, atau pilihan rim 22 inci yang lebih ringan, serta balutan tayar Continental Sport Contact 7 yang mampu memendekkan jarak pemberhentian sebanyak 2 meter.
 

RS


Pakej Bronze pula hanya dihadkan kepada 125 unit sahaja (75 RS6, 50 RS7) yang menawarkan rim emas neodymium kusam bersaiz 22 inci, warna khas Sebring Black, angkup brek hitam, pakej luaran karbon berkilat, kemasan jahitan gangsa pada ruang dalam, sistem audio Bang & Olufsen Advanced, serta tidak ketinggalan sistem kawalan dinamik suspensi khas.

Untuk pasaran Amerika Syarikat, Audi RS6 Avant Performance 2024 dijual pada harga $126,895, sementara RS7 Performance pula bermula dari $128,895.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Berikut merupakan antara sepuluh senarai kereta estate atau wagon yang terlaju di dunia menurut Top…