Rekaan TT Concept ini jelas mengambil inspirasi daripada model TT yang ikonik serta DNA kereta sport Audi lain. Gayanya ringkas tetapi tajam, dengan garis badan yang bersih dan futuristik, serta rim besar yang memberikan penampilan agresif.
Audi dijadualkan memperkenalkan TT Concept ini secara rasmi esok, menjelang pembukaan IAA Mobility Show 2025 di Munich, Jerman. Pameran automotif terbesar Eropah itu bakal menjadi pentas utama bagi Audi untuk menunjukkan hala tuju rekaan sportscar mereka di era elektrifikasi.
Setakat ini, Audi masih belum mendedahkan spesifikasi teknikal TT Concept. Namun, ramai menjangkakan ia akan menjadi platform percubaan teknologi elektrifikasi baharu yang mungkin menggantikan legasi model TT generasi terakhir yang dihentikan produksinya pada 2023.
Sumber: Motor1 melalui perkongsian rasmi di Instagram.