Audi turunkan iklan 'kanak-kanak makan pisang' depan kereta

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif Jerman, Audi telah meminta maaf atas iklan yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan sedang makan pisang di hadapan sebuah kereta berprestasi tinggi setelah iklan tersebut dikritik keras di media sosial.

Dalam satu hantaran di Twitter, Audi menyebut, "We hear you and let's get this straight: We care for children"

Audi turut meminta maaf dan berjanji iklan sebegini tidak akan diulangi pada masa akan datang.

Menurut kritikan di media sosial, iklan tersebut bersifat provokatif, mengancam nyawa, dan berunsurkan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak, tidak selari dengan slogan yang digunakan iaitu "Let's your heart beat faster - in every aspect."

Audi kini sedang menyiasat bagaimana iklan provokatif tersebut diluluskan untuk tayangan umum.

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Livery dan Warna Ikonik Rekaan livery konsep ini menampilkan kombinasi warna titanium, hitam…
Berita Global
  Kedudukan Tiga Teratas di Asia’s Ridge Circuit Porsche Taycan GT Weissach Package – 01:40.16…
Berita Global
Pembangunan dan Konsep Model     Pada awal 1990-an kereta dengan penggunaan bahan api tiga liter…