Aurus Senat sedan - buat tokoh korporat yang ingin meluncur dengan bergaya seperti Presiden Rusia

oleh Mohamad Hanif|
Imej berkenaan Aurus Senat Limousine sudah lama tersebar di dalam Internet namun tiada sebarang info lanjut didedahkan kepada umum memandangkan ia merupakan rahsia kerajaan Rusia.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Namun, syarikat yang sama membina limousin tersebut, Aurus kini telah membina sebuah sedan mewah berasaskan limousin, namun dengan jarak antara roda yang telah dipendekkan. 


Berdasarkan gambar rasmi yang didedahkan menerusi laman rasmi Aurus Motors, sedan mewah Senat ini tiada sebarang perbezaan yang ketara daripada segi rupa bentuk, melainkan dimensi panjangnya yang lebih pendek berbanding kereta limousin Putin sepanjang 6,620 mm.

Menurut kenyataan daripada Aurus Motors, rekaan bahagian kabin mengekalkan keseimbangan di antara tradisi kemewahan dan juga inovasi teknologi terkini, dengan menampilkan kulit buatan Rusia berkualiti tinggi, kemasan kayu, tombol gear logam, serta peranti multimedia berskrin kaca. 
 


Jika dilihat pada bahagian dalaman, seakan tiada perbezaan yang ketara dan berkemungkinan besar ia mewarisi rekaan yang serupa seperti mana yang ada pada limousin kepunyaan Presiden tersebut. 

Hiburan buat para penumpang dihidangkan menerusi dua buah skrin digital yang besar, masing-masing ditempatkan di bahagian papan pemuka dan di konsol tengah kenderaan. 
 


Bagi menggerakkan kereta sedan mewah ini dengan lancar, Aurus menggunakan enjin 4.4 liter bentangan V8 hasil pembangunan antara Russia's State Research Institute NAMI dan juga Porsche Engineering. 

Difahamkan enjin versi rakyat marhaen akan menggunakan talaan yang berbeza berbanding enjin limosin Presiden yang dikatakan mampu menjana kuasa setinggi 600 hp. 

Aurus Senat merupakan sebahagian daripada projek siri Kortezh (lebih dikenali sebagai Unified Modular Platform) yang turut sama membina minivan dan sebuah SUV. 

Kesemua model produksi tersebut disasarkan untuk memasuki pasaran Rusia, China dan juga Timur Tengah. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Pembuat limosin berperisai khas untuk Presiden Russia, Aurus kini sedang cuba untuk meluaskan…