Tetapi, jika ada lesen memandu dan tahu memandu sahaja, mungkin tidak sama dengan memandu dengan kemahiran yang lebih baik untuk mengendali kereta berprestasi tinggi.

Ya, mungkin di Malaysia, mempunyai lesen kelas D sahaja sudah cukup untuk memandu pelbagai jenis kereta dari bersaiz kecil sehingga kereta yang mampu mencapai kelajuan sehinga 300km/j.
Namun, jika anda berada di negara lain, perkara itu tidak boleh diguna pakai, tambahan anda mungkin perlukan lesen memandu yang sah, mudah kata, lain tempat, lain caranya.
Baru-baru ini, Kerajaan Australia Selatan telah melancarkan satu kursus atas talian untuk pemandu kenderaan berkuasa tinggi, atau kenderaan prestasi.
Ia dikenali sebagai lesen kelas-U, pengesahan akan diwajibkan untuk semua pemandu kenderaan berkuasa ultra tinggi/ ultra high-powered vehicles (UHPV) Australia Selatan mulai 1 Disember 2024.
Kursus dalam talian tersebut hanya berharga $61 (RM194) dan mengambil masa kira-kira 30 hingga 45 minit untuk disiapkan, selepas itu pemandu akan tertakluk kepada ujian.
Pemandu kenderaan boleh mencuba ujian seberapa banyak yang mereka suka (dalam tempoh 12 bulan) tanpa kos tambahan.
Setelah lulus, pemandu boleh memohon lesen kelas U baharu, dengan kos tambahan $20 (RM63).
Walaupun pelawat boleh memandu kenderaan prestasi di Australia Selatan menggunakan lesen antara negeri mereka, mereka masih boleh menerima denda sebanyak $5000 (RM15,900) dan enam mata demerit.
Perkara itu tertakluk jika mereka didapati telah melumpuhkan sistem bantuan pemandu lanjutan seperti brek kecemasan autonomi dan kawalan kestabilan dalam kenderaan prestasi yang dipandu.
Baca penuh di Drive