Australia uji penggunaan penanda jalan raya bercahaya dalam gelap

oleh Mohamad Hanif|
Tidak semua jaringan jalan raya mempunyai sistem pencahayaan yang cukup sempurna, terutama ketika melalui jalan-jalan kampung yang jauh di pedalaman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai sebahagian daripada program keselamatan bernilai $245 juta, kerajaan Australia turut menampilkan solusi menarik khusus buat jalan-jalan yang tidak mempunyai lampu jalan itu tadi.

Salah satu daripadanya adalah pengenalan penanda jalan yang mampu bercahaya di dalam gelap, dan menurut kerajaan negeri Victoria, inovasi ini mampu membantu pengguna jalan raya terutama ketika memandu pada waktu malam.
 

glow


Syarikat Tarmac Linemarking turut berkongsi di dalam laman Facebook berkenaan ujian penggunaan penanda tersebut di atas jalan raya yang sebenar.

Meskipun keadaan persekitaran yang agak gelap, garis jalan tersebut masih lagi mampu dilihat dengan jelas pada waktu malam, terima kasih kepada penanda jalan dengan ciri photoluminescent itu tadi.

Solusi ini nampaknya sangat menarik untuk diaplikasikan di Malaysia, terutama di jalan-jalan dalam kawasan Felda.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Statistik jualan bagaimanapun menunjukkan bahawa jualan EV sebenarnya meningkat untuk suku pertama…
Berita Global
Isuzu D-Max menjadi kenderaan ketiga paling popular di negara kangaroo itu, dengan jualan sebanyak…
Berita Global
Peguam utama Michael Donelly berkata, penyelesaian A$271.8 juta (AS$178.3 juta) adalah '…