Contoh terbaik ialah Jepun dan US di mana produk-produk aftermarket untuk modifikasi banyak dihasilkan oleh vendor-vendor komponen itu sendiri.
Ini memeriahkan lagi suasana industri automotif dan Thailand membuktikan di wilayah ASEAN, ia adalah negara automotif sebenar.
Acara Bangkok International Auto Salon 2018 (BIAS 18) yang berlangsung di Impact Challenger dari 4 hingga 8 Julai ini meriah dengan pelbagai jenis kenderaan yang melalui proses modifikasi.
Mutu pembuatan Thailand juga boleh dilihat sudah meningkat dan hampir menyamai mutu yang dihasilkan oleh pakar-pakar kustom barat.
DI bawa ialah koleksi gambar-gambar di sekitar BIAS 18 yang diambil oleh jurufot profesional Shah Adam.