Auto Skyline buka pusat 3S Hino baharu di Kulai, Johor

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Hino Motors Sales Malaysia Sdn Bhd (HMSM) meluaskan rangkaiannya melalui pembukaan pusat 3S baharu yang dikendalikan oleh Auto Skyline Sdn Bhd.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Melalui perkongsian kukuh dengan Auto Skyline Sdn Bhd (Auto Skyline), sebuah Pengedar Sah HINO yang mapan, operasi 3S baharu itu untuk menyediakan pusat sehenti yang memenuhi keperluan pelanggan.

 

2

 

Auto Skyline telah dilantik sebagai pusat Hino 1S (Jualan) pada April 2002 dan telah menjual produk Hino sejak itu.

Pada 2021, Auto Skyline secara rasminya telah dinaik taraf kepada pusat 3S yang terletak di Kawasan Perindustrian Tebrau, Johor Bahru.

 

3

 

Pusat 3S baharu itu bakal membantu usaha Hino untuk menyampaikan visi jenamanya kepada pasaran dan meningkatkan keyakinan pelanggan.

Ianya dilengkapi dengan empat ruang servis di bahagian belakang yang mampu menyokong 8 lori sehari, di samping ruang jualan dalaman, pusat servis dengan alat diagnostik terkini, dan ruang menunggu yang selesa.

 

5

 

Cawangan pusat 3S Auto Skyline Sdn Bhd baharu itu beralamat di No 2, Jalan SME 1, Kawasan Perindustrian SME, Bandar Indahpura, 81000 Kulai, Johor.

Ia dibuka pada hari Isnin hingga Sabtu dari jam 9 pagi hingga 6 petang, untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi mereka di talian 07-663 3532 atau 018-786 2333.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Hino menyasarkan untuk menyediakan lori yang paling sesuai dengan keperluan pasaran tempatan bagi…
Berita Domestik
Mara Liner merupakan syarikat yang dimiliki oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA), dimana syarikat itu…
Berita Domestik
Hino Malaysia mengambil inisiatif bagi mengadakan pertandingan itu untuk meningkatkan kemahiran dan…