Kenderaan 4x4 kecil ini seperti nama yang dicadangkan - direka untuk membantu kerja-kerja yang sukar dilakukan oleh tenaga kudrat manusia, terutama ketika dalam keadaan yang mampu mengancam nyawa.
Autonomous Work Vehicle ini dihasilkan oleh unit R&D Honda Amerika berdasarkan unit ATV swapandu 3E-D18 yang dipertontonkan pada CES 2018 bertujuan untuk meningkatkan kadar keberkesanan dan keselamatan sesuatu pekerjaan di kawasan umum dan tujuan komersil.
Ia didatangkan dengan sistem cagak pelbagai fungsi yang membolehkan para pengguna memuatkan variasi aksesori dan peralatan sesuai dengan keadaan keperluan semasa.
Menurut Honda, Autonomous Work Vehicle ini boleh diprogramkan kepada beberapa mod seperti "Follow Me", "Pattern" dan "A to B" dan kini sedang menjalankan ujikaji keberkesanan di beberapa buah lokasi seperti di pusat solar North Carolina, divisyen pencegah kebakaran di Colorado dan fasiliti penyelidikan agrikultur di California.