Autopilot 'macam pemandu mabuk', Mahkamah arahkan Tesla beli kembali Model 3 daripada pemilik

oleh Mohamad Hanif|
gambar hiasan
Mahkamah Jerman telah mengarahkan Tesla untuk membeli kembali sebuah Model 3 daripada pemilik yang mendakwa ciri Autopilot 'tidak seperti yang diiklankan'.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan Spiegel, pemilik Model 3 itu menjelaskan ketika sistem Autopilot diaktifkan, beliau mendapati pemanduan Model 3 adalah sama seperti sebuah kereta yang dikendalikan oleh pemandu mabuk.

Pemilik Tesla itu dikatakan telah membayar wang sebanyak 6,300 euro (bersamaan RM29,567) untuk mendapatkan pakej perisian Full Self Driving yang tidak serasi dengan spesifikasi kereta itu sendiri, menjadikan fungsi tersebut tidak beroperasi seperti yang ditetapkan.

Fungsi seperti bantuan penukaran lorong secara automatik di lebuh raya tidak dapat digunakan, malah respons stereng ketika memasuki dan keluar dari lebuh raya juga 'menyamai pemandu yang mabuk', selain kereta tidak dapat mengenal pasti lampu isyarat dan papan tanda berhenti.

Mahkamah Jerman mengarahkan Tesla untuk memulangkan kembali wang penuh sebanyak 69,000 euro (RM323,831) kepada pemilik tersebut.

Tesla walau bagaimanapun telah membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah tersebut.

Sumber: Spiegel

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam notis kepada negeri Texas dan California, Tesla memaklumkan akan mengurangkan 3,332 pekerjaan…
Berita Domestik
Antaranya ialah tempat duduk hadapan serba baharu dengan lencana Ludicrous Mode, spolier belakang…
Berita Global
Ketika ini Tesla sedang bergelut dengan perang harga dan penurunan jualan bagi kenderaan elektrik (…