'Autopilot' Tesla bermasalah, angka korban 16 orang sejak Jun 2021

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Syarikat Tesla Inc mendedahkan dua kemalangan maut baharu melibatkan sistem bantuan pemandu automatiknya (Autopilot) kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), menjadikan angka korban sedemikian meningkat kepada 16 orang, menurut laman berita MailOnline pada Selasa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Kemalangan baharu itu melibatkan kenderaan Tesla Model 3 dan dilaporkan berlaku antara 15 September hingga 15 Oktober 2022, demikian menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Nasional (NHTSA).

 

Kumpulan penyokong keselamatan jalan raya di Washington meminta pihak berkuasa dan wakil rakyat supaya menguatkuasakan peraturan lebih ketat melibatkan kereta pandu sendiri dan teknologi seperti ciri bantuan kemudi automatik Tesla.

 

NHTSA meningkatkan siasatan ke atas sistem autopilot Tesla pada Ogos 2021 susulan laporan mengenai berpuluh-puluh pelanggaran yang berlaku.

 

Data  yang dikeluarkan oleh pihak NHTSA  bagaimanapun tidak memperincikan sama ada 16 kematian yang berlaku itu membabitkan penumpang di dalam kenderaan Telsa atau kemalangan melibatkan pejalan kaki.

 

Pada Jun lepas, NHTSA berkata, hampir 400 kemalangan kereta di AS dalam tempoh 10 bulan didapati berpunca daripada teknologi kereta pandu sendiri atau bantuan 'autopilot'.

 

gambar hiasan

 

Kenderaan Tesla terbabit dalam majoriti nahas berkenaan iaitu 273 daripada 392 kemalangan antara 1 Julai 2021 hingga 15 Mei tahun ini yang menyebabkan enam kematian dan lima kecederaan parah.

 

Syarikat automobil di seluruh dunia membuat pendedahan itu kepada NHTSA selepas pihak berkuasa berkenaan mengeluarkan arahan pada Jun 2021, mewajibkan pengeluar kereta dan firma teknologi melaporkan segera kemalangan melibatkan sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS).

 

Sekitar 12 pengeluar kenderaan melaporkan sejumlah kemalangan melibatkan teknologi ADAS dengan 90 daripadanya melibatkan Honda dan 10 Subaru, manakala Ford Motor, General Motors (GM), BMW, Volkswagen, Toyota, Hyundai dan Porsche masing-masing melaporkan kurang lima kes.

 

– Agensi 

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, kemalangan dipercayai…
Berita Global
Menurut NTSB, maklumat awal menunjukkan Ford Mustang tersebut melanggar bahagian belakang sebuah…