Aveta Nova 125
Bermula dengan Nova 125, ia menawarkan tunggangan lebih praktikal yang memfokuskan kegunaan untuk pelbagai golongan.
Nova 125 dikuasakan nadi bersesaran 125 cc SOHC sejukan udara bersama transmisi CVT yang menghasilkan 9 HP dan 8.6 Nm.
Hadir sebagai sebagai skuter praktikal, Nova 125 memiliki berat 104 kg, tempat duduk setinggi 705 mm, dan tangki minyak sebesar 6 liter.
Secara standard juga, Nova 125 hadir dengan panel meter digital LCD, dan soket pengecasan USB dua port.
Nova 125 ditawarkan dengan 3 pilihan warna, iaitu Blue Lemon, Berry Peach dan Grey Lemon dengan harga RM5,188.
Aveta Nova 160
Untuk mereka yang menginginkan lebih gaya dan prestasi pada sebuah skuter, Nova 160 lengkap dengan pelbagai ciri terkini dengan enjin yang lebih berkuasa.
Nova 160 dikuasakan nadi bersesaran 154.4 cc SOHC sejukan cecair yang dipadankan dengan transmisi CVT, menghasilkan sehingga 15.8 HP dan 14.7 Nm.
Dari segi kelengkapan, Nova 160 hadir dengan pelbagai ciri moden untuk sebuah skuter seperti sistem tanpa kunci, suis Idling Stop System (ISS), panel meter digital berwarna, rekaan lampu LED lebih agresif dan soket pengecasan USB.
Meningkatkan lagi ciri tunggangan, Nova 160 turut dilengkapi penyerap hentak berkembar jenis gas di belakang, serta sistem brek jenis cakera di depan dan belakang.
Juga antara yang terbaik dalam kategorinya, Nova 160 hadir dengan tangki minyak berkapasiti 10 liter, dengan berat hanya 112 kg dan tempat duduk setinggi 778 mm.
Nova 160 juga hadir dengan 3 pilihan warna iaitu Raven Red, Aveta Blue dan Copper Blaze dengan tanda harga bermula dari RM7,988 sahaja.