Sebagai tarikan utama, Aveta memperkenalkan warna Mantis Green yang ditawarkan sebagai edisi terhad. Menariknya, hanya 1,000 unit akan dikeluarkan untuk pasaran Malaysia, sekali gus menjadikan model ini lebih eksklusif untuk peminat dan pengumpul.
Setiap unit hadir dengan nombor siri unik bermula dari 0001/1000, dan akan ditawarkan secara eksklusif menerusi rangkaian Aveta Preferred dealers di seluruh negara.
Selain edisi terhad tersebut, Aveta Nova 160 Signature Edition turut ditawarkan dalam warna baharu Cosmic Purple.
Warna ini memberi penampilan yang lebih moden dan premium, sekaligus sesuai untuk penunggang urban yang menggunakan skuter sebagai pengangkutan harian.
Model Cosmic Purple ini dijangka mula berada di pasaran bermula minggu ketiga Januari 2026 dan akan tersedia di semua pengedar sah Aveta di Malaysia.
Kejayaan Aveta Nova 160 sepanjang tahun 2025 turut menjadi asas kepada pengenalan warna baharu ini.
Dengan angka pendaftaran yang konsisten dan maklum balas positif daripada pengguna, model ini dilihat berjaya menambat keyakinan pasaran dari segi prestasi, kualiti dan nilai pemilikan.
Seiring itu, Aveta Global Marketing Sdn. Bhd. kekal komited untuk terus menambah baik penawaran produknya berdasarkan keperluan dan maklum balas pengguna tempatan.
Walaupun tampil dengan pilihan warna yang lebih eksklusif dan berimej premium, harga asas Aveta Nova 160 Signature Edition kekal RM8,088, tidak termasuk cukai jalan dan insurans.
Pendekatan ini selari dengan matlamat Aveta untuk menawarkan motosikal yang mampu milik tanpa menjejaskan gaya dan praktikaliti.
Secara keseluruhan, pengenalan warna Mantis Green Limited Edition dan Cosmic Purple bukan sahaja menambah variasi kepada Aveta Nova 160 Signature Edition, malah mengukuhkan lagi daya tarikannya sebagai skuter urban yang seimbang dari segi gaya, nilai dan kegunaan harian.