AVETA SEDIAKAN PERKHIDMATAN BANTUAN TEKNIKAL MUDAH ALIH

oleh Firdaus Razani|
AVETA Malaysia baru-baru ini memperkenalkan satu inisiatif dalam usaha untuk memenuhi kehendak pelanggan serta meningkatkan sokongan jualan dan kualiti khidmat selepas jualan.

Mereka memperkenalkan program terbarunya yang dikenali sebagai ‘Aveta Care on Wheels’ (ACW), sebuah perkhidmatan mudah alih untuk pemilik jenama motosikal tersebut.

Perkhidmatan mudah alih ACW tersebut merupakan perkhidmatan sokongan kepada pemilik motosikal sekiranya mereka berhadapan dengan masalah teknikal pada motosikal mereka.

Pasukan tersebut terdiri daripada kakitangan Aveta Malaysia yang telah dilatih khusus untuk menyelesaikan sebarang isu teknikal, setiap pasukan terdiri daripada satu trak pikap dan tiga motosikal.

 

AVETA

 

Menurut Pengarah Urusan Aveta Malaysia, Steven Lim, inisiatif itu diwujudkan untuk menawarkan bantuan kepada pemilik Aveta serta menunjukkan komitmen dalam memberi perkhidmatan selepas jualan yang terbaik.

“Di Aveta, kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan pelanggan kami. Aveta faham bahawa produk yang menarik sahaja tidak mencukupi.

“Sebuah jenama hanya akan berjaya apabila ia mempunyai program penjagaan pelanggan yang menyeluruh untuk memenangi hati dan keyakinan pelanggannya." katanya lagi.

 

AVETA

 

Inisiatif ACW meliputi seluruh Semenanjung Malaysia, dan rancangan untuk memenuhi kehendak pelanggan di Sabah dan Sarawak sedang giat diuruskan.

Inisiatif ACW kini beroperasi dari Isnin sehingga Sabtu, 10:00 AM sehingga 5:30 PM. Temujanji boleh dibuat melalui talian Aveta Customer Careline di +60129565409.

 

AVETA