Aveta tiada kena mengena dengan Demak

oleh Firdaus Razani|
Aveta Motor Malaysia tampil menjelaskan kekeliruan berpanjangan yang sering dikaitkan dengan pemilikan dan afiliasi jenama mereka, terutamanya dengan jenama motosikal lain seperti Demak.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan, Aveta Motor Malaysia menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang hubungan, afiliasi, atau kaitan dengan Demak mahupun mana-mana jenama motosikal atau pengedar lain di Malaysia.

“Kami ingin menyatakan secara rasmi dan tegas bahawa Aveta Motor Malaysia bukan bersekutu, berkait atau berhubung dalam apa jua cara sekalipun dengan Demak atau mana-mana jenama motosikal lain di Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Aveta Motor Malaysia merupakan syarikat milik penuh rakyat Malaysia, dikendalikan oleh Aveta Global Marketing Sdn. Bhd., anak syarikat di bawah kumpulan MAG Group.

Semua aspek operasi syarikat termasuk pembangunan produk, pemasaran, dan perkhidmatan selepas jualan dikendalikan oleh pasukan tempatan yang berdedikasi.

Jenama ini menumpukan usaha untuk membangunkan motosikal berkualiti tinggi, mampu milik dan direka khusus untuk kegunaan serta keperluan pasaran tempatan.

“Sebagai jenama tempatan, kami komited untuk membina kepercayaan dan kekuatan jenama melalui nilai-nilai Malaysia serta inovasi berterusan.”

Aveta turut merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan, pengedar dan rakan niaga atas sokongan berterusan mereka terhadap jenama ini.

 

SUMBER : Kenyataan rasmi dari laman Facebook rasmi Aveta Motor Malaysia

Tags

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mereka memperkenalkan program terbarunya yang dikenali sebagai ‘Aveta Care on Wheels’ (ACW), sebuah…