AVEVAI perkenal trak dan van komesil berkuasa elektrik sepenuhnya

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat pembekal teknologi dan penyelesaian logistik di Singapura, AVEVAI telah memperkenalkan rangkaian model kenderaan komersil ringan berkuasa elektrik (e-LCV) IONA di acara Guangzhou International Electric Vehicles baru-baru ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdiri daripada dua model - van dan trak - ia disasarkan untuk menetapkan penanda aras di dalam keberkesanan dan jarak pengoperasian di dalam segmen e-LCV. 

IONA dibina berdasarkan casis yang dibangunkan di fasiliti penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Stuttgart dengan kerjasama daripada Daimler dan Foton supaya hasil akhir produk ini menepati tahap piawaian yang ditetapkan oleh antarabangsa dan regulasi keselamatan Eropah dari segi prestasi, keselamatan, serta keselesaan. 
 


Menariknya, IONA juga didatangkan dengan sistem pengecasan pantas 22kW yang membolehkan trak IONA mampu mencapai kapasiti bateri penuh selama dua jam dan empat jam bagi van IONA. 

Terima kasih kepada penggunaan teknologi bateri hibrid superkapasitor graphene-infused yang lebih berkesan dan mampu memberikan jangka hayat bateri yang lebih lama berbanding bateri konvensional, kedua-dua trak dan van IONA masing-masing mampu mencapai jarak pengoperasian sejauh 300 dan 330 km. 

Trak IONA didatangkan dengan penggunaan motor elektrik magnet kekal berkuasa 80 kuasa kuda dengan daya kilas 220 Nm, manakala van kargo IONA pula hadir dengan versi motor elektrik berkuasa 99 kuasa kuda dan daya kilas 360 Nm.
 

Van komersil IONA

 

Trak komersil IONA