Avis Malaysia hulur sumbangan RM15 ribu kepada Pertubuhan Kebajikan Ephratha Rawang

oleh Mohamad Hanif|
Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR), Avis Malaysia baru-baru ini menghulurkan sumbangan kepada 35 orang kanak-kanak yang bernaung di bawah Pertubuhan Kebajikan Ephratha Rawang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pertubuhan Kebajikan Ephratha Rawang ditubuhkan pada tahun 2005 dan menempatkan anak-anak yatim dan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah berumur 5 hingga 18 tahun.

Avis Malaysia mendermakan pelbagai barangan keperluan seperti makanan, produk kebersihan dan 35 buah tilam bernilai RM15,000.
 

Avis


Selain itu, kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut turut dihiburkan dengan persembahan badut serta pelbagai aktiviti menarik dan permainan yang disediakan.

Ketua Pegawai Operasi Avis Malaysia, Mohammad Syahrul bin Yusuf berkata, "syarikat ini menyedari keperluan untuk memainkan peranan penting secara aktif dalam melibatkan diri dan menyokong komuniti, terutama golongan kanak-kanak yang memerlukan.

"Kami berharap dengan masa yang terluang itu dapat memberikan semangat, dan barangan yang dibekalkan itu dapat membantu memberikan keselesaan dan penambahbaikan terhadap kebajikan kanak-kanak," ujarnya lagi.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Melalui kerjasama strategik dengan pemain industri seperti Audi, Modenas, GWM, BYD, CAM, CAF dan…
Berita Domestik
Anugerah ini menunjukkan komitmen Avis Malaysia kepada kecemerlangan dan perkhidmatan pelanggan…