Awas! Kereta buruk terbiar di Kajang bakal ditunda

oleh HEZERI SAMSURI|
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bakal menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama untuk membuat tindakan drastik terhadap kenderaan-kenderaan lusuh yang terbiar di tempat awam.

Menurut laporan Selangor Kini, Yang Dipertuanya Najmuddin Jemain berkata agenda itu akan bermula pada 1 Disember ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

MPKj akan bekerjasama dengan Car Medic Sdn Bhd yang akan menunda kenderaan-kenderaan lusuh ke depoh simpanan di Bandar Baru Bangi sebelum ia kemudian ditunda pula ke lokasi Car Medic untuk proses kitar semula.

Kenderaan-kenderaan lusuh itu akan dileraikan menurut kaedah piawaian SW422 Jabatan Alam Sekitar. Komponen yang tidak dapat dikitar semula akan dihantar ke Pentas Flora atau Kualiti Alam untuk rawatan lanjut.

MPKj telah memberikan notis kepada 5,000 kenderaan lusuh terbiar untuk ditunda. Ini termasuk kenderaan berat seperti bas, lori dan kenderaan komersil yang juga bakal ditunda.

Akhirnya sudah ada PBT membuka jalan agar penyakit membiarkan kenderaan buruk di tempat awam dapat dilupuskan untuk kebaikan semua.

*Laporan dari Selangor Kini
** Gambar dari MPKj

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Rata-rata pengguna Facebook meluahkan rasa kurang senang dengan cara penurapan yang didakwa…
Berita Domestik
  Mahkamah berpihak kepadanya dan memerintah MPKj menyelesaikan tuntutan sebanyak RM2,980,…