Jentera rentas negara prototaip Mitsubishi Triton T1 yang dipandu oleh Chayapon Yotha berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 8 jam 22 minit dan 42 saat selepas menempuh jarak sejauh 1,524 km termasuk laluan Special Stages (SS) sejauh 637 km.
Seorang lagi pemandu pasukan Ralliart, Rifat Sungkar pula berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima.
Separuh pertama perlumbaan mengambil tempat di Thailand yang terdiri daripada laluan off-road berkelajuan tinggi yang kasar dan tidak berturap, manakala separuh kedua di Kemboja pula lebih mencabar dengan laluan berlopak dan berlumpur akibat hujan lebat.
Sayang sekali, pemandu Triton #119 Sakchai Hantrakul terpaksa bersara awal akibat positif COVID-19 selepas pusingan SS1.
Pengarah pasukan Team Mitsubishi Ralliart, Hiroshi Masuoka berkata, "Untuk AXCR tahun ini, kami menekankan tahap kebolehpercayaan dan ketahanan Triton yang tinggi dengan menala enjin dan casis, serta memasuki rali dengan spesifikasi yang menghampiri kereta produksi sebenar.
"Biarpun dengan spesifikasi hampir standard, dua jentera rali Triton itu mampu menawarkan pemanduan yang berkuasa, dan saya amat berbangga dengan keputusan cemerlang kali ini.
Jelas Hiroshi Masuoka lagi, segala ilmu pengetahuan yang diperoleh daripada penyertaan AXCR akan disalurkan kembali untuk pembangunan kenderaan produksi, dan menjadikan kereta-kereta Mitsubishi yang lebih tegap, lebih berkuasa dan lebih dipercayai.
Berikut merupakan senarai pemenang keseluruhan AXCR 2022:
1st Chayapon Yotha (Mitsubishi Triton) - 8:22:42
2nd Jaras Jaengkamolkulchai (Toyota Hilux Revo) - 8:28:29
3rd Ikuo Hanawa (Toyota Fortuner) - 8:28:34
4th Takuma Aoki (Toyota Fortuner) - 8:38:26
5th Rifat Sungkar (Mitsubishi Triton) - 8:39:56
6th Tawee Neanna (Isuzu D-Max) - 8:51:24