Axia 2019 lengkap dengan ciri keselamatan ASA 2.0 dibuka untuk tempahan - Harga dari RM24k

oleh HEZERI SAMSURI|
Perodua kini membuka tempahan untuk Perodua Axia varian 2019.

Terdapat enam varian yang ditawarkan: E, G, GXtra, SE, AV dan varian baharu STYLE sementara harga tentatif pula ialah dari RM24,090 sehingga RM43,190 (atas jalan tanpa insurans bagi Semenanjung Malaysia).

Enjin masih lagi sama untuk semua varian tersebut, enjin 1.0 liter 1KR-VE dengan VVT-i serta transmisi manual lima-kelajuan pada varian E dan transmisi automatik empat-kelajuan pada semua varian lain.

Perodua masih tidak melancarkan model ini secara rasmi tetapi menurut sumber-sumber, ia bakal dilakukan dalam masa terdekat.

Perodua juga memperkenalkan varian baharu untuk Axia, STYLE.
axia 2019

 

Sistem keselamatan ASA 2.0 pula ialah sama seperti yang dipasang pada Aruz.

ASA 2.0 terdiri daripada Pengesan Pejalan Kaki (kelajuan sehingga 50 km/j), Amaran Pra-Pelanggaran (kelajuan sehingga 100 km/j), Brek Pra-Pelanggaran (kelajuan sehingga 80 km/j), Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control.

Selain dari ASA 2.0, Axia juga dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan kawalan cengkaman (TRC), dan semua varian kecuali E mempunyai ABS dengan Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD).

Perodua Axia menjadi Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pertama di Malaysia semasa pelancarannya pada 2014. 

 

 

Kini, dengan kecekapan bahan api yang dinilai 22.5 km/l untuk manual, 21.6 km/l untuk auto dan 20.8 km/l untuk varian baharu STYLE, ia kekal menjadi antara kenderaan yang paling cekap bahan api di negara ini.

Lebih 380,000 unit Axia telah dijual sejak pelancaran pertamanya pada September 2014, dan sebenarnya ia menjadi model terlaris Perodua dari 2015 hingga 2017.

Di bawah ialah senarai harga tentatif semua varian Axia 2019.

harga axia 2019

* Perodua Axia 2019 didatangkan dengan waranti lima tahun/150,000 km (yang mana terdahulu).

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Pelancaran
    Enam varian Perodua Axia 2019 yang ditawarkan adalah :-   1.  Axia varian E transmisi…
Berita Global
Dipercayai dibina berdasarkan model konsep Daihatsu DN-Trec Concept yang dipamerkan di dalam…
Berita Domestik
Karnival ini sepatutnya berlangsung pada hujung minggu ini, dari 20hb-22hb September di Setia City…