Axia bertransmisi manual dijangka tiba selepas Raya Aidilfitri 2023 – CEO Perodua

oleh Mohamad Hanif|
Perodua siang tadi telah membuka tempahan bagi model hatchback segmen A generasi baharu Perodua Axia 2023.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Ditawarkan dalam empat varian utama (G, X, SE dan AV) dan dengan bermacam penambahbaikan yang dibuat, harga jualan bagi Perodua Axia kini meningkat kepada RM36,800 hingga RM49,000 seunit.

Sudah tentu anda tertanya-tanya, bagaimana pula dengan varian Axia yang lebih mampu milik.

Ini kerana dalam spesifikasi ringkas Axia 2023 yang dibekalkan sebentar tadi, Perodua telah pun ‘menggugurkan’ penawaran varian E dengan transmisi manual.

 

Perodua Axia 1.0 E 2019


Dalam sidang media Perodua siang tadi, Presiden dan CEO Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad menjelaskan Perodua tidak akan menggugurkan penawaran Axia yang lebih murah untuk rakyat Malaysia.

Jelasnya lagi, Perodua Axia manual masih lagi akan ditawarkan, di mana pengenalannya dijadualkan selepas Hari Raya Aidilfitri berbanding varian yang dilengkapi dengan transmisi D-CVT.

Difahamkan, spesifikasi Axia versi manual akan ada penambahbaikan berbanding Axia manual yang terdahulu.

Selain daripada dikhususkan untuk kegunaan sekolah memandu, Perodua juga akan menawarkan Axia manual kepada rakyat Malaysia yang berminat.

Dengan adanya varian manual ini Perodua mahu menyasarkan sebilangan kecil pengguna motosikal yang mahu beralih kepada kereta yang lebih murah dan dengan penawaran spesifikasi yang lebih baik.

Malah, Perodua juga mahu mengekalkan 'status' mereka sebagai pengeluar automotif yang paling murah di Asia Tenggara.