Ayah terlupa hantar ke pusat asuhan, bayi perempuan maut tertinggal dalam kereta

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang bayi perempuan berusia setahun ditemui meninggal dunia selepas dipercayai ditinggalkan di dalam kereta di sebuah universiti awam di Kuala Nerus pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Abd Rahim Md Din, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada 4.30 petang selepas bayi terbabit dibawa ke pusat kesihatan pelajar di universiti berkenaan.
AION MREC Banner Campaign May 2024

"Bedah siasat telah dijalankan di Hospital Sultanah Nur Zahirah malam tadi. Punca kematian belum diperoleh kerana masih menunggu analisis makmal," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Abd Rahim berkata, siasatan awal mendapati, bapa bayi terbabit dipercayai terlupa menghantar anaknya itu ke pusat asuhan kanak-kanak universiti berkenaan pada sebelah pagi.

Beliau berkata, kertas kes itu disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau dalam pada itu, menasihati masyarakat supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian berkenaan.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
“Sejarah hidup tidak pernah lupa, tapi kali ini menjadi pengajaran. Anak tertidur dalam kereta…
Berita Domestik
"Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 pada jam 9 pagi Jumaat,"…
Informasi
“Saya berpendapat bahawa kita tidak boleh larang hanya sebab ada satu masalah timbul maka terus…