Azlan Shah terima tajaan 4 unit BMW S 1000 RR dari BMW Motorrad!

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi laporan daripada Facebook rasmi pasukan Onexox TKKR SAG, pelumba negara, Azlan Shah Kamaruzaman dikatakan telah berangkat ke Jerman untuk menerima pengiktirafan daripada BMW Motorrad atas kejayaannya tempoh hari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebagai makluman, Azlan Shah telah muncul sebagai juara bagi kategori ASB1000 dengan menunggang jentera BMW S 1000 RR. 

 


Berikutan kejayaan pasukan kecilnya menewaskan rata-rata pasukan yang lebih besar, BMW Motorrad memutuskan untuk memberikan sokongan dalam bentuk empat buah jentera BMW S 1000 RR.

Malah, pasukan Onexox TKKR SAG turut mendapat bantuan dari segi alat ganti yang menelan belanja sebanyak EUR25,000 (RM116 ribu). 

 


Walaupun bermula dengan keadaan yang serba serbi kekurangan, ia merupakan satu petanda yang baik bahawa pasukan yang dianggotai oleh tenaga tempatan sememangnya mampu memberikan saingan yang cukup hebat kepada pasukan-pasukan besar di luar sana. 

Sumber: Facebook Onexox TKKR SAG

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Tinjauan Bernama pada sesi latihan persendirian di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini…
Sukan Bermotor
  Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bakal menjadi tuan rumah bagi pusingan kedua yang dijadual…
Berita Global
  "TWMR bekerja rapat dengan Litar Suzuka, Litar Antarabangsa Zhuhai dan FIM Asia untuk mencari…