AZR Technologies perlihat prototaip enjin dua lejang V4 moden!

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, tatkala dunia sedang beralih ke arah penggunaan kenderaan elektrik, enjin pembakaran dalaman sebenarnya masih lagi mempunyai potensi yang lebih jauh untuk menjadi sebuah penjana tenaga yang lebih mesra alam?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sebuah syarikat tempatan AZR Technologies baru-baru ini membentangkan idea untuk membangunkan sebuah enjin dua lejang (ya, enjin two-stroke!) kecekapan tinggi yang boleh digunakan untuk bidang penerbangan dan juga automotif.

Peneraju AZR Technologies, Azrai Razuan (gambar utama) turut memperlihatkan unit prototaip enjin dua lejang dengan konfigurasi empat silinder dalam bentangan V (V4).

Menurut Dr. Aid Fawzal menerusi hantaran di laman Facebook-nya, enjin dua lejang ini turut dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini yang membolehkan ia lebih cekap membakar, dan dalam masa yang sama mengurangkan pelepasan asap, tidak seperti enjin RXZ, 125ZR dan Yamaha Sports II yang tersadai di rumah penulis itu.

 


Para pengguna enjin dua lejang sememangnya arif akan kelebihan utama enjin ini - ia ringan, mampu menghasilkan kuasa dua kali ganda berbanding enjin empat lejang, dan juga memberikan nisbah kuasa-ke-berat yang jauh lebih baik, sekaligus menyumbang kepada penggunaan bahan api yang rendah.

Disebabkan kelebihan ini, pihak AZR Technologies yakin teknologi enjin dua lejang merupakan masa depan bagi enjin pembakaran dalaman (ICE).

Untuk membangunkan enjin ini sememangnya memerlukan kos dan juga dana yang agak tinggi, jadi pihak AZR Technologies telah melancarkan kempen dana awam (crowdfund) berbentuk ekuiti saham setinggi 20 peratus menerusi laman pitchin.my.

Dengan cara ini, orang ramai dapat membantu mereka merealisasikan impian untuk menghasilkan teknologi enjin dua lejang berkecekapan tinggi pertama negara yang lebih mesra alam.

Sumber: FB Dr. Aid Fawzal

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, Mazda dilaporkan mendaftarkan paten berhubung salah satu enjin yang sudah kurang…
Gaya Hidup
Terdapat pelbagai bentuk speaker yang mempunyai sambungan Bluetooth di pasaran, daripada bentuk…