B25 - GLB 250 4Matic dalam kulit Brabus, 267 hp/430 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada model-model sedan dan SUV yang lebih premium, Brabus juga sebenarnya turut menawarkan magis mereka pada model crossover kompak GLB-Class, seperti yang diperlihatkan pada tahun lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Salah satu unit daripada GLB 250 talaan Brabus, iaitu Brabus B25 itu kini sedia untuk dilepaskan kepada pihak yang berminat, di mana ia menampilkan rekaan yang agresif dengan talaan ringan kepada unit enjin asal.

 


Enjin standard M260 2.0 liter turbo itu telah ditala semula dengan PowerXtra bagi menghasilkan kuasa setinggi 267 kuasa kuda dan daya kilas 430 Nm, peningkatan sebanyak 45 hp/80 Nm berbanding kuasa asal.

Dengan bantuan sistem pacuan semua roda 4Matic, B25 ini mampu memecut sepantas 6.6 saat dari pegun ke 100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 240 km/j.

 


Dari segi penampilan, Brabus B25 ini mendapat kelengkapan seperti rekaan bampar hadapan yang agresif, spoiler hadapan, lampu LED bumbung, spoiler belakang, kehadiran emblem Brabus pada sesetengah tempat, serta rim Brabus Monoblock Z bersaiz 20 inci.

Kemasan ruang kabin pula merangkumi alas lantai, pad pedal serta scuff plate kustom dengan pilihan 64 warna iluminasi.

 


Sebagai sebuah kenderaan talaan rasmi dari Brabus, harga yang diminta bermula dari €78,421 (RM392,951), atau €31,000 lebih mahal berbanding harga asal GLB 250 4Matic.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk makluman, nama Brabus itu sendiri diambil daripada tiga huruf pertama kedua-dua individu…
Berita Global
Brabus 900 Rocket R ini asalnya sebuah Porsche 911 Turbo S, ia bukan sahaja membawakan rupa paras…
Berita Global
Seperti contoh, sedan saiz penuh EQS 53 AMG yang tampil dengan motor elektrik berkembar yang telah…