Bagaimana jika Honda hasilkan Jazz Type R?

oleh Mohamad Hanif|
Honda Jazz/Fit generasi baharu sudah mula menyerang pasaran Eropah namun hadir dengan varian tunggal berkuasa hibrid e:HEV sahaja, dan tidak lagi ditawarkan dalam varian enjin petrol seperti model terdahulu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sistem e:HEV ini terdiri daripada dua buah motor elektrik dan enjin 1.5 liter yang mampu menghamburkan 109 PS dan tork setinggi 253 Nm itu sudah lebih daripada cukup untuk menggerakkan hatchback urban ini. 

Namun, bagaimana jika Honda Jazz/Fit ini dilahirkan sebagai sebuah hot hatch sejati Type R?

Seorang pereka X-Tomi Design hadir dengan ilustrasi tersendiri yang memaparkan Jazz/Fit yang dilengkapi dengan kit badan standard Type R termasuklah bumper hadapan, liang kemasukan udara yang sangat besar dan diakhiri dengan lip spoiler. 

Tema tersebut diteruskan dengan pemakaian skirt sisi gentian karbon, rim aloi multi-spoke, pelindung cermin sisi dan spoiler boot kekal yang menyerupai bentuk spoiler belakang Civic Type R.

Jika rupa bentuk kit badan Mugen Jazz/Fit tidak begitu menawan, mungkin kit badan Type R ini amat cocok dengan jiwa kelajuan anda. 
 


Sebelum ini kami pernah menyiarkan berita dakwaan bahawa Honda bakal membawakan versi prestasi tinggi ke pasaran dengan enjin 1.5 liter turbo menghasilkan 220 PS dan 250 Nm. 

Cuma, pastikah model ini masuk ke pasaran Malaysia kelak? 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Model yang terlibat adalah seperti berikut:     Honda Malaysia memohon  maaf di atas…
Model Terbaharu
Apa yang pasti, rekaan luaran Honda HR-V 2022 ini nyata lebih minimalis, lebih bersih rekaannya…
Informasi
Mungkin tidak ramai yang tahu, akan tetapi Honda City hatchback sebenarnya merupakan model…