Bagaimana Nissan buat? Guna komponen CFRP untuk kereta massa

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nissan CFRP
Nissan CFRP
Carbon fibre reinforced plastic atau CFRP merupakan satu bahan yang biasa digunakan di dalam kapal terbang, roket dan kereta sport.

Bahan ini sifatnya ringan tetapi sangat kuat dan Nissan telah menemui kaedah baharu untuk digunakan pada kereta pasaran massa.

Di antara faedah CFRP ialah berupaya menjadikan kereta lebih selamat dan cekap bahan api.

CFRP juga boleh merendahkan pusat graviti kereta apabila digunakan pada komponen bahagian atas badan selain meningkatkan tahap kelincahan dan lebih seronok untuk dipandu.

Di antara komponen yang boleh diperbuat daripada CFRP ialah panel badan, pintu but, dapra (fender) dan sebagainya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Nissan CFRP

 

Kelebihan gentian karbon memang jelas dan sudah lama diketahui namun satu perkara yang menjadi pertimbangan ialah kosnya tinggi berbanding bahan lain seperti keluli.

Selain itu, pembentukan komponen daripada CFRP juga sukar dan telah membantutkan usaha pengeluaran komponen automotif pada skala besar.

Halangan itu bagaimanapun menemui jalan positif apabila Nissan berjaya menemui kaedah baharu dalam menghasilkan komponen CFRP secara besar-besaran.

 

Nissan CFRP

 

Berikut ialah ringkasan kaedah pengeluaran oleh Nissan:

  • Masih menggunakan kaedah sedia ada tetapi dengan pendekatan baharu yang dikenali sebagai acuan pemindahan mampatan resin (compression resin transfer moulding).
  • Kaedah sedia ada ialah melalui pembentukan gentian karbon mengikut bentuk yang diperlukan dan melarasnya di dalam acuan dengan sedikit jurang di antara bahagian atas acuan dan gentian karbon.
  • Resin kemudian disuntik pada gentian dan ditinggal untuk pengerasan.
  • Jurutera Nissan telah membangunkan teknik untuk mensimulasikan kebolehtelapan (permeability) resin dalam gentian dengan tepat sambil memvisualisasikan sifat aliran resin dalam acuan menggunakan sensor suhu dalam acuan dan acuan lutsinar.
  • Hasil simulasi yang berjaya tersebut ialah komponen berkualiti tinggi dengan tempoh pembangunan lebih singkat.

 

Nissan CFRP

 

Nissan mensasarkan untuk menggunakan proses baharu itu bagi mengeluarkan komponen CFRP pada skala besar dan memperkenalkannya pada lebih banyak kereta untuk pelanggan.

Inovasi tersebut berjaya menjimatkan masa pendulu (lead time) pembangunan sehingga separuh dan tempoh kitaran untuk acuan sebanyak 80 peratus berbanding kaedah konvensional.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Nissan CFRP

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Nissan memaklumkan X-Trail N-Trek disasarkan kepada keluarga yang sukakan cabaran dan kegiatan…
Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…