Bagaimana unit pertama Bugatti Divo diuji dalam dunia sebenar

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang sudah pun menempah terlebih dahulu supercar Bugatti Divo yang dilancarkan dua tahun yang lalu, anda sudah boleh menyediakan ruang parkir baharu menjelang akhir tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana, unit pertama Bugatti Divo sudah pun siap dan bersedia untuk dihantar ke seluruh dunia.

Proses pemasangan, pengujian dan pengesahan Bugatti Divo sudah pasti tidak sama seperti proses yang dilakukan pada kereta produksi massa kerana kereta bergenre pantas ini sudah pasti memerlukan proses yang lebih terperinci bagi memastikan ia sempurna saat keluar dari kilang.

 


Namun, sebelum Bugatti Divo diuji di atas litar pengujian buat kali pertama, ia akan dibalut dengan filem protektif berkeluasan 8 meter persegi, selain memasang komponen perlindungan bawah badan.

Malah, roda khusus untuk pengujian juga akan dipasang sebelum aspek lain diperiksa seperti contoh fungsi elektronik dan talaan casis.

Setelah itu, baharulah ia diserahkan kepada pakar pandu uji Bugatti, Steve Jenny untuk dipandu atas litar ujian.

 


Steve telah bertanggungjawab menguji setiap unit Bugatti yang keluar dari kilang semenjak tahun 2005, di mana 95 peratus model seperti Veyron, Chiron dan Divo diuji sendiri oleh beliau dengan jumlah jarak pemanduan melebihi 340,000 km!

Walaupun ia sebuah kerjaya yang diimpikan sejak 15 tahun yang lalu, Steve tidak memandang remeh tugas beliau yang memerlukan tanggungjawab yang tinggi bagi memastikan setiap aspek diuji dengan baik.

Ia dimulakan dengan pemeriksaan homologasi yang diperlukan untuk negara penerima sebelum diteruskan dengan fungsi elektrik seperti pendingin hawa, sistem audio, navigasi, tingkap kuasa dan akhir sekali, pemanduan.

 


Jarak pemanduan untuk setiap Bugatti yang baharu keluar dari kilang adalah sekitar 300 kilometer merangkumi pergunungan Alsace dan Vosges, sebelum melakukan pecutan dan pemanduan berkelajuan tinggi dan mengakhirinya dengan ujian brek di landasan tertutup di lapangan terbang Colmar.

Kemudian, beliau memasuki jalan raya utama untuk tujuan penyejukan enjin dan sepanjang jarak tersebut beliau perlu merakam reaksi, kadar bunyi bising dan komen sepanjang ujian dijalankan sebelum ia dianalisa bersama rakannya pada keesokan hari.

Hanya selepas semua langkah dipenuhi, baharulah sebuah Bugatti Divo bersedia untuk proses penghantaran dengan melakukan penukaran pelincir kotak gear, roda, perlindungan bawah badan, dan pengesahan teknikal hanya akan dilakukan setelah pandu uji kali terakhir dilakukan pada jarak melebihi 50 km selama satu jam.

 


Sebelum dibenarkan bertemu dengan tuan empunya, Bugatti Divo akan diperiksa sekali lagi oleh pakar cat selama enam jam, dan dalam masa yang sama membuang perlindungan bawah badan yang dipasang tadi.

Rumit bukan?

Sebagai makluman, Bugatti Divo hanya dihadkan produksinya sebanyak 40 unit dan kesemua unit telah pun habis terjual.

Ia didatangkan dengan nadi W16 empat turbo berkapasiti 8.0 liter yang mampu menghasilkan 1,479 kuasa kuda dan 1,600 Nm daya kilas, membenarkan pecutan sepantas 2.4 saat dari 0-100 km/j dan mampu mencapai kelajuan tertinggi 380 km/j.

Baca: Bugatti Divo - 40 unit habis terjual!

Baca: Bugatti cetak komponen guna 3D printing

Baca: Rahsia di sebalik sistem pendingin hawa Bugatti

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Malah, koleksi hypercar-nya juga tidak kurang hebat, dengan unit seperti Chiron berharga $2.6 juta…
Berita Global
  Divo sekali lagi membawa sisi lain Bugatti dan jenama itu sememangnya luar biasa sejak dari…
Berita Global
Langkah memperkenalkan model SUV ke dalam barisan penjualan model berkuasa tinggi di kalangan…