BAHRAIN BAKAL AMBIL ALIH MCLAREN GROUPS

oleh Penyumbang Rencana 2|
DANA kekayaan Bahrain, Mumtalakat dilaporkan bakal menjadi pemegang saham terbesar Mclaren Groups dan mengambil alih sepenuhnya firma tersebut.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mumtalakat kini merupakan pemegang besar saham dengan kira-kira 60 peratus kepentingan dan menuju ke arah perjanjian dengan baki pemegang minoriti saham Mclaren.

 

mclaren

 

Ia termasuk menukar ekuiti mereka kepada instrumen seperti waran dan menyediakan dana dengan pemilikan penuh jenama tersebut.

Menurut laporan Sky News, kontrak yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti itu tidak  akan dikelaskan sebagai saham, tetapi akan mempunyai hak untuk mendapat manfaat seperti potensi tawaran awam permulaan Mclaren.

Berkenaan perkara itu, ia akan diumumkan pada masa terdekat.

Mumtalakat telah mengembangkan kepentingannya dalam McLaren sepanjang tahun ini serta memperoleh saham yang sebelum ini dipegang oleh dana kekayaan negara Arab Saudi serta pelabur kewangan A.S. Ares Management.

Sejak Pandemik Covid-19, ia menjadi tempoh sukar untuk Mclaren kerana kewangan yang tidak konsisten yang mendorong untuk memotong tenaga kerja.

 

mclaren

 

Mereka terpaksa menjual kepentingan utama dalam divisyen Mclaren Racing mereka dan mengasingkan sepenuhnya Mclaren Applied Technologies.

Mclaren juga mahu menjual ibu pejabat mereka di Woking, United Kingdom dengan harga $237 Juta dan memajaknya sebagai sebahagian daripada perjanjian 20 tahun.

 

SUMBER : Carscoops

Berita Berkenaan

Berita Global
Daripada maklum balas yang diterima @straits_times, AIG berkata keputusannya dibuat berdasarkan ‘…
Berita Global
  Selain kemewahan dan keselesaan, kereta GT juga membawa maksud pemandu dan penumpang mempunyai…
Berita Global
  Spectrum Theme memerlukan teknik baharu untuk dihasilkan dan dari gambar yang dikongsi boleh…