Untuk pasaran Malaysia, BAIC BJ40 Plus hanya ditawarkan dengan satu varian sahaja.
Dari segi reka bentuk, ia menampilkan unit pencahayaan lampu hadapan LED berbentuk petak yang dipadankan dengan reka bentuk gril lima lubang yang nampak lebih rugged dan kearah segmen penggunaan lasak.

Manakala bagi pencahayaan belakang, sama sepeti lampu depan ia turut didatangkan dengan lampu belakang jenis LED berbentuk petak sekali gus menampakkan elemen reka bentuk geometri dan lasak.

Dengan terserlah gaya off-road, BAIC BJ40 Plus mempunyai gred pendakian 60 peratus , sudut hadapan 37°, sudut belakang 31° dan sudut 'ramp' 23°.

Untuk trenkuasa, ia menampilkan enjin petrol 2.0L turbocas yang dipadankan dengan kotak gear automatik ZF lapan-kelajuan yang memberikan kuasa 224PS dan tork 380Nm.
Direka dengan kejuruteraan khusus untuk pengembaraan laluan lasak BJ40 Plus mempunyai sistem 4WD separuh-masa BorgWarner dan struktur body-on-frame tradisional.

Tambahan itu, turut ditampilkan ciri-ciri seperti suspensi hadapan dengan double wishbones dan spring gegelung, gandar belakang aktif dengan suspensi 5 pautan, sistem brek unggul yang ditala oleh Mitsubishi, dan Bosch 9.1 ESP.
Selain itu, ia menawarkan struktur inovatif yang membolehkan bumbung dibuka dan proses pemasangan semula untuk hadapan dan belakang dengan pantas.

Bagi ruang dalaman, untuk bahagian konsol tengah ia hadir dengan paparan infotainment bersaiz 10 inci manakala, paparan klustermeter ditampilkan dengan saiz 12.3 inci, yang beri visual jelas kepada pemandu.

Ciri-ciri lainnya, Bagi BJ40 Plus, ia menampilkan cahaya ambien monokrom yang memberi rasa lebih eksklusif yang disertakan dengan material kerusi tempat duduk kulit yang menambahkan lagi perasaan mewah itu.

Untuk ketika ini, tanda harga rasmi masih belum diumumkan bagi model BJ40 Plus, namun, harga yang dianggarkan untuk pasaran Malaysia adalah bermula dari RM180,000 hingga lebih RM190,000.