Bajet 2022: Aspek pengangkutan awam, perhubungan ditambah baik

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: NST
Aspek kemudahan pengangkutan kawasan luar bandar juga turut menjadi perhatian dalam pembentangan Bajet 2022 kali ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain daripada subsidi RM209 juta untuk perkhidmatan pengangkutan udara di Sabah dan Sarawak, kerajaan juga akan meneruskan pemberian subsidi bagi menampung sebahagian kos operasi perkhidmatan tren kurang ekonomik di luar bandar.

Inisiatif Pas MyRail5 untuk murid sekolah juga akan diteruskan.

Kerajaan juga akan menyediakan dana bernilai RM80 juta yang digelar sebagai Dana Bantuan Sementara Bas Henti-henti untuk manfaat pengendali bas henti-henti.

Untuk pengguna terutama di Lembah Klang, kerajaan menyediakan RM115 juta bagi inisiatif pas perjalanan bas dan rel tanpa had dengan harga RM50 sebulan.

Hampir RM1.5 bilion akan diperuntukkan untuk projek jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa sepanjang 519 km yang bakal memanfaatkan lebih 130 ribu penduduk setempat.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Dato' Madani Sahari berkata, insentif yang disasarkan khusus…
Berita Domestik
Berdasarkan pembentangan Bajet 2022 semalam, kerajaan Malaysia mengumumkan langkah untuk…
Berita Domestik
Untuk itu, kerajaan Malaysia menyediakan sehingga RM20 juta bagi merancakkan lagi pertumbuhan e-…