Bajet 2022: BMW Group Malaysia sahut baik langkah pengecualian cukai untuk EV

oleh Mohamad Hanif|
BMW Group Malaysia menyahut baik langkah kerajaan untuk menyokong pertumbuhan industri kenderaan elektrik menerusi pembentangan Bajet 2022.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Berdasarkan pembentangan Bajet 2022 semalam, kerajaan Malaysia mengumumkan langkah untuk melaksanakan pengecualian penuh terhadap duti import, duti eksais dan cukai jualan terhadap penjualan kenderaan elektrik.

Menurut Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, "kami sentiasa percaya masa hadapan yang sebenar adalah elektrik, dan kami telah pun berada di baris hadapan di dalam mobiliti elektrik sejak tahun 2015 menerusi pengenalan BMW i.
 

bmw


"Ia merupakan satu langkah yang berani pada ketika itu, dan masih lagi satu langkah yang berani pada masa kini, di mana kami akan berterusan untuk membentuk masa depan mobiliti dengan strategi elektrifikasi yang diharapkan dapat mempercepatkan lagi penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia.

Sehingga kini, sebanyak lebih 21,000 kenderaan elektrik hibrid berjenama BMW dan MINI telah diedarkan kepada rakyat Malaysia.

Sebagai sebuah jenama premium, BMW Malaysia telah membuat langkah berani dengan memperkenalkan beberapa buah model elektrik sepenuh masa, dimulakan dengan BMW iX, BMW iX3 dan yang bakal muncul dalam masa terdekat, BMW i4.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Dato' Madani Sahari berkata, insentif yang disasarkan khusus…
Berita Domestik
Untuk itu, kerajaan Malaysia menyediakan sehingga RM20 juta bagi merancakkan lagi pertumbuhan e-…
Berita Domestik
Selain daripada subsidi RM209 juta untuk perkhidmatan pengangkutan udara di Sabah dan Sarawak,…