Untuk itu, kerajaan bercadang untuk memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais, dan cukai jualan bagi kenderaan EV.
Selain itu, pengecualian cukai jalan sehingga 100 peratus akan diberikan kepada model EV.
Kerajaan juga akan memberikan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 diberikan ke atas kos pembelian dan pemasangan, sewaan, dan sewa beli kemudahan, serta bayaran yuran langganan kemudahan pengecasan EV.
Kerajaan juga akan menyediakan geran padanan bernilai RM12 juta melalui Collaborative Research in Engineering, Science & Technology dalam bidang seperti gallium nitride untuk diaplikasikan pada kenderaan elektrik.