Bajet 2023 - Pengecualian cukai untuk kenderaan EV (CBU), pengilang pengecasan dan fi AP

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Dalam pengumuman Bajet 2023, Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan turut bercadang untuk memperkenalkan tiga insentif untuk menggalakkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di negara ini.


Tengku Zafrul berkata, tiga insentif itu merangkumi pengecualian duti import dan eksais, pengecualian fi Approved Permit (AP) selain pengilang peralatan pengecasan EV diberi pengecualian cukai pendapatan 100 peratus.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

"Sebagai langkah berterusan menyokong penggunaan EV, kerajaan bercadang untuk memberi insentif pertama iaitu pengecualian duti import dan eksais ke atas EV jenis kenderaan penumpang import (CBU) import dilanjutkan sehingga 31 Disember 2024.

 

"Kedua adalah pengecualian fi AP bagi pengimportan EV sehingga 31 Disember 2023.

 

"Ketiga pula adalah pengilang peralatan pengecasan EV diberi pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun mulai tahun taksiran 2023 hingga tahun taksiran 2032 dan Elaun Cukai Pelaburan sebanyak 100 peratus," katanya.

 

Belanjawan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Bersama dengan peruntukkan keseluruhan berjumlah RM372.3 bilion itu merangkumi empat teras fokus iaitu kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Menurutnya, kesesakan biasanya berlaku di antara Tanah Rata ke Tringkap terutama di Kea Farm di…
Berita Domestik
Menurut laporan BERNAMA, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad…
Berita Domestik
Hal ini disebut dalam satu siaran media yang dihantar semalam sebagai respons kepada pembentangan…