Balik kampung atau memandu ketika bercuti, brek pun kena periksa!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Bendix Brake Pad
Bendix Brake Pad
Cuti panjang bakal tiba, dengan itu ada yang dah siap-siap ambil cuti sama ada nak pulang ke kampung atau memandu ke destinasi pilihan.

Sebelum bertolak, bagaimana dengan kereta? Dah servis? Supaya pemanduan selesa bukan sahaja enjin yang perlu diselenggara.

Komponen lain perlu diberi perhatian dan di antara yang utama ialah set brek seperti pad dan cakera.

Enjin dah sedap tapi brek bermasalah, mesti tak seronok kan?

Di antara jenama komponen brek yang popular ialah Bendix dan mempunyai reputasi bagus.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bagaimana nak tahu brek bermasalah?

 

Bendix brake pad

 

Secara asasnya komponen utama brek terdiri daripada angkup, cakera dan pad.

Ada lagi seperti sistem ABS dan sebagainya namun kita fokus pada pad brek yang biasanya kerap haus atau habis dulu.

Berikut adalah tanda-tanda pad brek bermasalah atau perlu diganti:

  • Rasa berbeza atau tidak berfungsi seperti biasa apabila membrek
  • Berbunyi apabila brek ditekan (biasanya bunyi kasar atau bergesel)
  • Pedal brek rasa bergetar apabila ditekan

Jika mengalami simptom di atas, anda perlu perhatikan keadaan pad brek. Guna mata kasar pun dah memadai tanpa perlu membuka roda.

 

Bendix Brake Pad Tyre Wear Indicator

 

Jika sudah nipis maknanya pad perlu diganti. Bagaimana nak tahu pad nipis atau tidak?

Cuba bandingkan dengan kereta yang usianya lebih baharu atau jarang dipandu.

Bendix pula ada kaedah tersendiri dengan mencetak tanda REPLACE pada bahagian atas pad brek.

Jika perkataan itu hampir hilang maknanya pad brek perlu diganti.

Punca pad brek tidak sekata

 

Bendix brake pad

 

Ini satu lagi simptom prestasi brek terjejas. Satu daripada puncanya ialah Perbezaan Ketebalan Cakera (DTV).

Perbezaan berlaku apabila cakera ‘makan’ pad brek apabila ianya menyentuh titik atau kawasan rata (flat spots) pada cakera.

Biasanya kawasan tersebut mempunyai tompokan.

Disebabkan itu pad menjadi tidak rata dan cara nak ‘buang’ titik rata ialah dengan meratakan atau biasanya dipanggil skim disc.

Perlu tahu bukan semua keadaan cakera brek boleh diratakan dan sampai masanya perlu diganti baharu.

Jika boleh diratakan, gunakan pembersih brek supaya bebas dari habuk mesin tersebut.

Kunci utama dalam mencegah kesan DTV ialah mengelakkannya dari berlaku sejak awal lagi.

Andai kata cakera tidak boleh diselamatkan dan perlu diganti baharu ada juga langkah-langkah yang perlu diambil.

Macam biasa, gunakan pembersih brek bagi menghilangkan kotoran dan lapisan anti karat.

 

Bendix Disc Rotor SwiftFit Coating

 

Jika cakera yang dipasang dari jenama Bendix sendiri (Bendix SwiftFit Disc Rotor), anda tidak perlu kotorkan tangan.

Cakera itu mempunyai teknologi anti karat SWIFTFIT COATING yang membolehkan cakera dipasang terus dari kotak.

Tidak perlu bersihkan, lagi senang!

Masalah dengan angkup brek

Angkup brek juga boleh menjadi punca kepada pad brek tidak rata.

Ada komponen dalam angkup seperti guide pin (bentuk skru atau pin) yang boleh mencacatkan pad walaupun pedal brek tidak ditekan.

 

Bendix Ceramasil Synthetic Lubricants

 

Dengan itu elok pin tersebut diperiksa dan jika perlu diperbetulkan, boleh letak pelincir komponen brek seperti Bendix Ceramasil Brake Parts Lubricant.

Jika tidak selesai atau keadaannya teruk minta nasihat pakar sama ada angkup itu sendiri yang bermasalah.

Alat ganti berkualiti itu penting!

Bergantung kepada individu, ada yang boleh memeriksa pad brek dengan mudah atau sekali pandang dah tahu ianya perlu diganti.

Namun tidak semua orang mempunyai kemahiran dan pengalaman sebegitu.

Sekiranya berkunjung ke bengkel dan dinasihatkan untuk tukar anda boleh minta alat ganti yang mempunyai reputasi bagus.

Satu daripadanya ialah Bendix!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bendix baru ini mengumumkan melalui Malaysia FMP Automotive (Malaysia) Sdn Bhd bakal menaja…
Berita Domestik
  Menurut Bendix yang memiliki pengalaman berpuluh tahun dalam bidang pembrekan ada tiga komponen…
Informasi
1. Bagaimana Cara untuk memeriksa kondisi pad brek? Terdapat beberapa perkara yang perlu dilihat…