Bang & Olufsen lancar koleksi pembesar suara Ferrari di Malaysia, dari RM1,600

oleh Mohamad Hanif|
Bang & Olufsen telah menjalin kerjasama dengan pengeluar supercar Ferrari dengan melancarkan koleksi peranti audio headphone dan pembesar suara Ferrari Collection.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terdapat empat produk yang ditawarkan, perinciannya seperti berikut:
 

Beosound Explore Portable Speaker (RM1,600)

B&O


Pembesar suara mudah alih yang sangat sesuai digunakan untuk aktiviti luar rumah, mempunyai penarafan kalis air dan kalis debu IP67.

Explore juga menyokong sambungan Bluetooth dan Fast Pairing, dengan ketahanan bateri sehingga 27 jam untuk sekali cas penuh.

Binaan badan dua lapis itu disudahkan dengan lapisan anodiza berwarna merah dan hitam, serta logo Prancing Horse yang dihias menggunakan teknologi laser.

Beosound EX Earphone (RM3,000)

B&O


Putik telinga tanpa wayar (TWS) Bang & Olufsen yang paling berkuasa, menampilkan ciri pembatalan hingar aktif, dan casis pengecasan tanpa wayar yang mampu bertahan selama 20 jam.

TWS ini turut menampilkan sehingga enam mikrofon untuk kualiti panggilan dan alunan muzik yang terbaik.

Tidak ketinggalan, bahagian kanan putik telinga itu menampilkan logo Ferrari yang digilap dengan kemasan seakan cermin.
 

Beosound H95 Headphone (RM7,500)

B&O


Fon kepala bertaraf mercu dari Bang & Olufsen, membawakan kualiti bunyi terbaik di dalam kelasnya, diikuti dengan ciri pembatalan hingar aktif adaptif.

H95 ini menawarkan tempoh operasi sehingga 38 jam tanpa henti, dan penggunaan kulit kambing lembut untuk keselesaan pengguna.

Sama seperti dua produk yang disebutkan tadi, fon kepala ini membawakan logo Ferrari dan Bang & Olufsen di bahagian kiri dan kanan.
 

Beosound 2 Home Speaker (RM28,800)

B&O


Produk yang paling mahal di dalam koleksi Ferrari Bang & Olufsen, menawarkan pengalaman audio rumah 360 darjah yang sesuai digunakan di mana sahaja.

Ia membawakan teknologi Active RoomSense, penderia proximity, serta binaan kon aluminium dengan penampilan yang elegan dan bergaya.

Ia disudahkan dengan emblem ikonik Ferrari yang duduk di bawah jeriji.

Koleksi Ferrari Bang & Olufsen ini boleh didapati di lokasi berikut:
• Aeco HQ Taman Shamelin
• Sprint Cass (Metapod) KLIA 1 & 2
• Foto Flash (Flash Gadget) The Gardens
• Stereotype IOI City Mall (Q4 2023)
• Charlie Care, Penang
• B&O The Gardens.