Bangkok International Auto Salon 2019 - terbaik dari ladang!

oleh Mohamad Hanif|
Bangkok International Auto Salon kembali lagi untuk tahun ini dan seperti mana yang kita semua maklum, negara jiran kita ini sangatlah kaya dengan senarai modifikasi-modifikasi yang mengkagumkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Lihat sahajalah kereta-kereta yang dipamerkan pada tahun ini, daripada sebuah kenderaan yang standard, kenderaan baharu, sehinggalah kepada modifikasi ekstrem, cukup menggiurkan!
 


Thailand juga sangat terkenal dengan barisan trak pikap yang telah menjalani proses modifikasi dengan senarai alatan yang boleh dijadikan sebagai panduan ke kemudian hari, atau sesuai dijadikan pameran di hujung minggu.
 


Daripada kereta berskala sebenar, anda juga turut dibawakan pameran kereta berskala kecil dengan diorama yang cukup real dan hasil yang begitu kemas.
 


Sebut sahaja diorama apa yang anda mahukan, perhimpunan kelab kereta, suasana di kedai, atau situasi di dalam litar lumba Tsukuba, Jepun pun ada. 
 


Tulis panjang-panjang pun tidak guna, jadi nikmati sahaja galeri gambar yang kami sajikan kepada anda, khas dari negara Gajah Putih. 

Terima kasih kepada jurugambar Shah Adam atas perkongsian gambar-gambar yang sangat menarik ini.