Bangunan parkir runtuh - Seorang maut, enam cedera

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang dilaporkan terkorban selepas bangunan parkir runtuh di New York, Amerika Syarikat (AS) pada Selasa.

Menurut seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat New York, enam lagi cedera dalam kejadian itu.

Jelasnya, tingkat dua bangunan parkir tersebut runtuh menyebabkan mangsa di tingkat satu terperangkap.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Usaha mencari dan menyelamat bagi mencari mangsa masih diteruskan namun bangunan berkenaan diisytiharkan 'sangat tidak stabil', menurut Datuk Bandar New York Eric Adams.

Anggota bomba dibantu anjing pengesan, dron dan robot untuk mengalih runtuhan bangunan bagi memberi akses kepada penyelamat.

Setakat ini pihak berkuasa tidak menerima laporan terdapat mangsa yang hilang dalam kejadian itu.

Semakan rekod menunjukkan bangunan itu mengalami pelanggaran akta pada 2003 kerana retak pada siling tingkat pertama. Perbicaraan telah ditetapkan pada tahun 2004 dan dilabelkan berada keadaan "merbahaya".

Pelanggaran kod akta merbahaya kedua pada tahun 2009 yang melaporkan bahawa tangga kebakaran telah patah serta rosak dan terdapat "kepingan konkrit yang longgar berada dalam keadaan bahaya dan akan jatuh." Perbicaraan telah diadakan pada tahun 2010, tetapi rekod menunjukkan tiada pematuhan direkodkan untuk pelanggaran kod ini.

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Agensi Pemakanan Singapura (SFA), kawasan HDB itu terletak di Chua Chu Kang, Tampines,…