"Kerja-kerja pembaikan bermula tengah malam tadi dan bergantung pada keadaan cuaca yang baik bagi memastikan ia berjalan lancar dan mengikut tempoh yang ditetapkan," katanya pada sidang media selepas meninjau jalan rosak di Lebuhraya Pasir Gudang di Johor Bahru pada Ahad.
Beliau berharap keadaan cuaca adalah baik bagi memastikan kerja pembaikan berjalan lancar dan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Sementara itu, katanya, kerja pembaikan penghubung jambatan di Kampung Felda Air Tawar 1 yang runtuh dan kerosakan struktur jambatan Sungai Layau di daerah Kota Tinggi akan mula dilakukan setelah langkah penyelesaian dikenal pasti oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).