Banjir: Daihatsu Malaysia umum subsidi kos tunda, diskaun 40 peratus alat ganti

oleh Mohamad Hanif|
Daihatsu (Malaysia) Sdn Bhd (DMSB) melancarkan program bantuan khas banjir bagi meringankan beban para pelanggan yang terjejas akibat bencana banjir tempoh hari.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Daihatsu Flood Relief Program ini sah bermula 22 Disember 2021 sehingga 28 Februari 2022 dan boleh didapati di semua pusat servis sah Daihatsu yang bakal memanfaatkan para pemilik industri kecil sederhana (SME) dan armada korporat.

Program ini menawarkan subsidi kos tunda sehingga RM100 untuk setiap kenderaan yang ditunda ke pusat servis sah Daihatsu, selain diskaun sehingga 40 peratus ke atas alat ganti tulen, diskaun 20 peratus kos upah, serta perkhidmatan pemeriksaan kenderaan secara percuma.

Setiap alat ganti yang digunakan dijamin selama satu tahun waranti pengilang atau jarak perbatuan 20,000 km yang mana tiba dahulu.

Selain daripada itu, DMSB juga akan mengerahkan pasukan Daihatsu Mobile Team bagi membuat perkhidmatan servis di lokasi pelanggan, tertakluk kepada terma dan syarat.

Selaku pengedar sah kenderaan Hino, DMSB juga turut menawarkan bantuan Hino Flood Relief Assistance yang akan dijalankan dengan kerjasama Hino Malaysia.

Maklumat lanjut boleh didapati menerusi talian berikut:
Daihatsu Road Assist: 1-300-88-3667
Daihatsu Mobile Service: 03-5512 3411
Talian khidmat pelanggan: 03-5512 5824
En. Muhammad Sobri: 011-2689 5133

Berita Berkenaan

Berita Global
Jurucakap lapangan terbang itu memaklumkan kejadian ribut yang luar biasa menyebabkan operasi di…
Informasi
Sejarah sebalik jambatan ini adalah ia hasil inovasi seorang jurutera tentera British semasa Perang…
Berita Domestik
Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Pahang, Ahmad Azlan Abu Bakar berkata, rakyat cukup sengsara…