“Antara gambar kereta mangsa yang sempat diambil, semoga bertabahlah. Banyak lagi yang terkandas dan banyakkan bersabar. Geng Proton X50 dok cari tak jumpa kereta. Semoga lekas sembuh Malaysia dan Thailand,” katanya pada hantaran dimuat naik pada Khamis.
Difahamkan, pemilik kenderaan tersebut ada yang telah keluar dari Hatyai dan pulang ke Malaysia terlebih dahulu selepas terperangkap banjir di wilayan berkenaan.
Perkongsian gambar itu tular di media sosial sekali gus mendapat simpati rakyat Malaysia yang melihat keadaan kenderaan tersebut, lebih-lebih lagi berkemungkinan ada daripada kereta itu baru dibeli tidak sampai setahun.
“Banyak juga menampakkan kereta Malaysia yang terkandas di situ,” kata pengguna Facebook Mohd Kamarul Azlie Rahim.
“Member (kawan) kawe dari Krai, tujuh motosikal sangkut. Bawa lari diri saja, tunggu reda baru nak pergi ambil motosikal bawa balik,” komen Mohd. Aidie Sanuzi.
“Geng X50 Kedah dekat Hotel B2 10 buah kereta,” kata Rizan Rizz.
“Ya Allah, kasihannya. Modal nak towing keluarkan kereta dari sana pun banyak tu,” kata Ummu Umar.