Banjir: Mercedes-Benz Malaysia umum diskaun alat ganti 30%, kos tunda percuma

oleh Mohamad Hanif|
Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan program bantuan bagi meringankan beban para pelanggan yang terjejas akibat bencana banjir kilat yang melanda baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sehingga 31 Januari 2022, para pelanggan boleh mendapatkan diskaun sehingga 30 peratus ke atas alat ganti, tunda kenderaan tanpa sebarang kos, serta penilaian percuma terhadap kos pembaikan yang diperlukan dengan pelan pembayaran mudah sifar faedah.

Menurut Sagree Sardien selaku Presiden dan CEO Mercedes-Benz Malaysia, "keselamatan para pelanggan merupakan keutamaan kami, dan dengan jaringan pengedar yang luas, kami komited untuk memastikan para pelanggan dan kenderaan Mercedes-Benz mereka berada di bawah jagaan yang sepatutnya dalam keadaan yang tidak menentu ini.

Para pelanggan Mercedes-Benz yang terjejas boleh menghubungi pengedar sah Mercedes-Benz, atau talian Mercedes-Benz 24h Roadside Assistance & Customer Care Centre di 1-800-88-1133.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bertuah kerana Mercedes-Benz Malaysia tidak lokek…
Model Terbaharu
Tidak seperti penawaran C 200 dan C 300 sedia ada, C 350 e secara asasnya merupakan sebuah sedan…
Pelancaran
Tidak seperti model terdahulu, GLA-Class hanya boleh didapati dalam varian tunggal GLA 200 sahaja,…