Banjir: Pemilik motosikal Yamaha boleh tebus baucar diskaun RM1,000

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Hong Leong Yamaha Motor bersama-sama wakil Pengedar Sah akan mengambil bahagian dalam inisiatif Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menerusi insiatif ini, pemilik boleh mendapatkan baucar diskaun sehingga RM1,000, serta tawaran diskaun sebanyak 25 peratus bagi kerja-kerja pembaikan.
 

baucar


Tuntutan ini hanya tertakluk kepada pembaikan kerosakan motosikal persendirian akibat bencana banjir.

Baucar diskaun itu juga boleh digunakan sebagai bayaran pendahuluan atau sebahagian bayaran untuk gantian motosikal baharu sekiranya motosikal tersebut mengalami kerugian secara keseluruhan akibat banjir.
 

baucar




Semua tuntutan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan, dan tarikh akhir tuntutan Baucar Diskaun Automotif adalah pada 31 Mac 2022.

Maklumat lanjut boleh diperoleh menerusi talian khidmat pelanggan Hong Leong Yamaha Motor di 03-6157 7011 atau https://www.yamaha-motor.com.my/feedback/

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Antara inisiatif yang ditawarkan termasuklah Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia bernilai…
Berita Domestik
Pada 7 Januari 2022, Kementerian Kewangan telah mengumumkan inisiatif baucar bernilai RM1,000 bagi…
Berita Domestik
  "Pengurangan kos pembaikan bakal dinikmati secara potongan terus daripada kos keseluruhan…