Dalam satu video Tik Tok yang dimuatnaik oleh Justin Kluck, banjir besar itu turut mengakibatkan kerosakan terhadap supercar rare yang pernah dimiliki oleh lagenda Formula One, Michael Schumacher.
Bugatti EB110 SS itu diparkir sekali dalam garaj yang turut memuatkan Ferrari 812 Superfast, Ferrari 575 Superamerica dan McLaren SLR 722, di mana casis bernombor 39020 itu merupakan satu-satunya EB110 SS yang mendapat kemasan dalaman mewah penuh daripada EB 110 GT.
@jstnklck Einfach Millionen von Euros weg, ich weine mit dem Mann #fyp#viral#rich
♬ Originalton - Justin Kluck
Juara F1 tujuh kali itu pernah memiliki supercar EB 110 SS itu sehingga tahun 2010 dengan jarak perbatuan sekitar 4,626 km.
Ia dikuasakan oleh enjin V12 3.5 liter kuad-turbo yang telah ditala supaya menghasilkan 603 kuasa kuda dan 649 Nm @ 4,200 rpm, dengan pecutan 0-96 km/j dalam masa 3.14 saat dan kelajuan tertinggi 355 km/j.