Banjir: UMW Toyota bantu komuniti lokal, ubah fasiliti Shah Alam jadi pusat operasi sementara

oleh Mohamad Hanif|
UMW Toyota Motor telah melancarkan beberapa inisiatif bagi membantu komuniti yang terjejas akibat bencana banjir bangkit semula.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pada 24 Disember 2021, kakitangan UMW Toyota Motor memulakan tugas sukarelawan dengan turun sendiri ke lokasi yang terjejas, dan membantu membersihkan rumah-rumah yang sebelum ini tenggelam dek banjir.

Inisiatif ini turut disokong oleh Yayasan Raja Muda Selangor bagi memastikan proses berjalan dengan lancar.

UMW Toyota turut mengubah fasiliti Shah Alam untuk menjadi sebuah pusat operasi sementara yang bertindak sebagai pusat pengedaran bantuan dan 'soup kitchen' untuk membantu mangsa banjir.
 

UMW


Syarikat itu juga turut mengedarkan barangan keperluan rumah asas seperti dapur memasak, kipas, dan cerek kepada isi rumah yang terjejas bagi mengurangkan beban mereka.

Khusus untuk mangsa banjir, para pemilik kenderaan juga dialu-alukan untuk memarkir kenderaan mereka di dalam premis, tidak kira apa jua model dan jenama (terhad kepada 100 unit pertama sahaja).

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K, "kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan penghargaan kepada syarikat pembekal kami seperti Toyota Suppliers Club Malaysia, DENSO Malaysia, Toyota Tsusho, dan Sime Kansai kerana memberikan sokongan berbentuk kewangan terhadap usaha kami.

"Sumbangan mereka digunakan untuk membeli barangan keperluan rumah, serta keperluan lain untuk disalurkan kepada mangsa banjir.
 

UMW


Selain menyumbang kepada komuniti lokal, UMW Toyota Motor juga turut memberikan bantuan kepada tenaga kerja yang terjejas akibat banjir.

Bantuan tersebut merangkumi pembaikan kenderaan persendirian yang didaftarkan di bawah nama staf, bantuan kewangan, serta barangan keperluan rumah asas.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Terdapat beberapa buah model khas yang dipamerkan pada acara Beyond Zero, seperti berikut:  …
Telah Diuji
Ia tampil dengan pakej yang serba lengkap - rupa paras yang sporti, tiga pintu (kedekut penumpang…
Pelancaran
Dari segi kuasa, Toyota Vios 2023 dijana dengan enjin empat silinder sebaris 1.5 liter (2NR-VE)…